Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali melalui tiga sumber; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang berdoa untuknya.

Tuesday, September 20, 2011

Tell them the truth

Our kids nowadays are not like old time. They ask whatever crosses their mind. They always ask why, how and what, when something happen around them. They want to know everything. This is good for their brain developments and assists them to learn something new and know something different. But the major issue here is what we suppose to react? The oldies always offer all those ‘pantang-larang’ and the dos and the don’ts without any reasonable explanation. All those ‘pantang-larang’ are actually for our own good because it prevents us from bad consequences but they leave us with scary thoughts without real and true explanation. For example: Do not open umbrella inside the house, or else the sky will fall on us. Actually they want to tell us that it is unsafe to let the umbrella wide open, it can cause injury with all those tips and sharp steels. We can see that all of the ‘pantang-larang’ are actually teach us good things.


If we tell our kids nowadays that the sky will fall because of the umbrella, they will argue us more. “How the sky could be fall? Do all clouds, rainbow and stars will fall too? It seems great; I can play and touch them. Can I open this umbrella mum? I want to have those stars”. We will be tortured by so many upcoming questions after that. I believe that if this situation happens to kids from the old time, they will be asked to shut their mouth-“Kids cannot ask so many questions. It’s not good. Just watch your mouth and keep it shut or else you will embarrass mum”- but if this happen these days, I believe that the closing statement could be-“That’s enough, why do you have so many questions? You drive me crazy”- We cannot stand it anymore because we actually don’t know what to answer. If we start with a lie, there will be another lie to keep the first lie, a true one.


So the lesson is… just tell them the truth and explain to them the reasons or consequences of the action. (But of course sometimes, some things are better to be kept unrevealed-So this lesson cannot be applied here)

Sunday, September 18, 2011

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Prof. Dr. Khalijah Mohd Salleh

Assalamualaikum,
Pada 17 September 2011, jam 10:02 pagi. Prof Dr. Khalijah Mohd Salleh telah kembali ke Rahmatullah di HUKM. Jenazah telah dikebumikan di perkuburan Islam seksyen 21, Shah Alam selepas Asar... semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yg soleh dan solehah... amin... Kehilangan yang amat besar dalam dunia fizik di malaysia. Semoga semua anak-anak didik beliau dapat meneruskan legasi beliau dan meneruskan usaha murni dan perjuangan suci beliau...

Thursday, September 15, 2011

Doa dan Yaasiin untuk Prof Dr Khalijah Mohd Salleh

Kesedihan dan airmata meruntun hati dan jiwa saat ini tatkala mendapat khabar berita dari seorang rakan, Polpot, mengenai Prof Khalijah yang sedang bertarung dengan kanser tahap akhir di wad 7 HUKM. Doktor menjangkakan beliau hanya mampu bertahan selama 2 hari hingga 6 minggu sahaja lagi... namun segalanya kuasa tuhan. bersama-samalah kita membaca doa dan yaasiin untuk beliau agar dipermudahkan segala urusan beliau... amin ya rabbal alamin.

Prof Khalijah dari Sudut Pandangan Saya
Prof Khalijah adalah seorang pendidik yang tidak hanya mendidik saya ilmu fizik, tetapi juga mendidik saya ilmu dunia dan akhirat... beliau seorang yang lembut tetapi tegas. Berkeperibadian bagaikan seorang ibu bagi saya, ramah dan caring cukup untuk memberikan saya sebab untuk menyanjungi beliau.

Saya, pada waktu mula mengenali beliau telah terpikat dengan cara dan prinsip beliau menyebabkan saya telah menukar cita-cita saya dari menjadi seorang engineer kepada profession pensyarah. Semua kerana terpengaruh dengan beliau. tutur kata, gaya, cara dan kelembutan beliau masih jelas terbayang dalam minda saya saat ini. Berani saya katakan bahawa selain ibu saya yang sangat saya cintai, beliau juga antara idola saya dan penyebab kepada siapa diri saya sekarang ini setelah saya tamat pengajian master di UKM kira-kira pada tahun 2004 yang lalu.

Walaupun saya telah meninggalkan UKM hampir 7 tahun namun beliau masih mengingati saya, sering memberi message melalui laman Academia dan Facebook bertanyakan khabar berita dan perkembangan semasa. Salah satu sebab untuk saya sangat menghormati dan menyayangi beliau. Tambahan pula di UKM pada zaman pengajian first degree hingga master, tak ramai pensyarah wanita di jabatan fizik apalagi berstatus Professor spt beliau.

Adalah satu kehilangan yang besar dalam dunia akademik fizik di Malaysia tanpa beliau. Sekali lagi doa dan Yaasin untuk beliau agar dipermudahkan segala urusan beliau.

Nostalgia bersama Prof Khalijah.
Semasa tahun pertama, beliau mengajar subjek Elektrik dan Magnet. Kaedah yang digunakan adalah pemahaman konsep, penceritaan dan experiential learning.  berlainan dgn lect2 yang lain pada waktu itu yg lebih kepada chalk n talk atau papar nota transparensi dan ajar. Satu-satunya kuliah yang saya hadiri sepanjang semester tanpa ponteng(dahulu tiada penguatkuasaan kehadiran sebanyak 70%). beliau berjaya menanam minat kepada saya dan memudahkan pemahaman. tanpa perlu nota yang banyak mahupun buku rujukan, beliau berjaya memahamkan saya subjek beliau dan dapat menjawab perperiksaan dengan tenang dan yakin.

Di tahun dua, saya bersama beberapa rakan lain menjalankan latihan industri di dalam campus dibawah seliaan beliau. beliau memberi peluang kami mempelajari Java Proramming melalui kelas intensif. Pengalaman yg sangat berharga sehingga memudahkan saya menjalankan FYP dan master. Beliau x henti2 memberi panduan dan nasihat dunia dan akhirat.

Rakan2 seperjuangan ada menggelarkan saya  Kak Jah Junior. X pasti samada mereka bermaksud negative atau positive tetapi saya berbahagia kerana mereka menyamakan saya dengan idola saya.. biar mereka tak tahu.. kini mereka tahu..

Sehingga saya tamat perjuangan master dibawah seliaan Prof Dr Ahmad Puaad Othman, beliau masih menghubungi saya, bertanyakan khabar. Apabila beliau ke tempat saya berkerja semasa saya di UPSI dan UMT atas urusan kerja beliau, mungkin dijemput memberikan ceramah dan keynote speaker beliau akan bertanyakan kepada sesiapa mengenai saya dan dimana saya. Saya juga tidak melepaskan peluang berjumpa beliau. beliau sangat kuat, berdedikasi, high determination, sihat dan bertenaga. Senyum tak pernah lekang dari bibirnya dengan raut wajah yang bersih dan menenangkan.

6 bulan yg lepas, beliau meninggalkan message pada saya melalui academia.edu menyatakan beliau kurang sihat dan warded. saya membalas dan bertanyakan ward beliau kerana saya ingin melawat bersama suami tersayang yang juga merupakan bekas pelajar beliau tetapi sehingga kini tidak berbalas. saya amat kesal kerana tidak cuba sedaya upaya mencari ward beliau. 

Hari ini 15 Sept 2011
Pagi pagi mendapat sms dari polpot@Saiful Kamaluddin memberitahu keadaan Prof. Kami terus bercadang ke ward utk berjumpa beliau... hati hanya teringatkan beliau dan berdoa agar segala urusan beliau dipermudahkan. tepat 12tghari kami sampai di ward 7A. suami beliau ada disana dan kami menyapa. menurutnya Prof sedang tidur kerana seningga 3am mlm semalam masih tidak bole tidur menahan kesakitan. Suami beliau kelihatan sangat tabah dan pasrah. Beliau menjemput kami masuk ke bilik Prof. dari luar kaca bilik Prof hati saya sangat sayu melihat susuk tubuh yang sangat lemah. Saya gagahkan hati masuk dan diarahkan memakai mask dan mencuci tangan. 

Ternampak naskhah yaasin diluar pintu masuk dan saya serta suami ambil agar dapat membacakannya untuk Prof memandangkan beliau sedang tidur dan berdoa agar beliau dipermudahkan dan diberikan kekuatan. Sudah rezeki kami untuk berbicara dgn Prof., beliau terjaga dan sempat bertanyakan kami walaupun dalam keadaan menahan kesakitan. Beliau masih mengenali saya dan berkata. "ooh Hazmin, lama x jumpa. terima kasih datang tgk saya, you come from terengganu? with your husband? terima kasih. saya minta maaf salah silap saya semua ye Hazmin, Roslan." saya ingin bersalam dan mencium tangan guru saya namun dihalang oleh org yang menjaganya kerana beliau tidak boleh bergerak. kemudian Beliau terus menahan kesakitan dan beristighfar. 

Saat itu air mata saya semakin laju dan saya teruskan pembacaan yaasin. Tak mahu terus lama disitu kerana ingin memberikan ruang pada ahli keluarga dan tidak mahu menganggu org yg sedang sakit, kami beredar. Saya sangat bersyukur kerana masih sempat bertemu beliau dan bertegur sapa. Sehingga sampai ke kereta, saya masih terkedu, sedih dan duka... tak tahu bagaimana nak gambarkan apa yg berada dalam hati ini... Dimana boleh untuk dicari ganti... 

Doa untuk Prof.
Ya Allah Ya tuhan kami, kau berikanlah kekuatan dan ketabahan beliau dan ahli keluarga beliau dalam mengharungi saat-saat ini. Kau permudahkan segala urusan mereka. Semoga kesakitan yang beliau alami menghapuskan segala dosa-dosa beliau. Amin ya robbal alamin.

Tuesday, March 8, 2011

Quantum Field Theory and Semiconductor


Quantum Field Theory (QFT)

QFT describe the subatomic constituents, the laws and principles applied, and fundamental interaction of nature in physical world (quarks, lepton, gauge bosons, Higgs scalar etc).
- Tan Yu Cao, Conceptual Foundations of QFT


Semiconductor

Semiconductors are materials that have physical properties which are intermediate between those of insulators and metals. This situation makes semiconductor extremely sensitive to imperfections and impurities in the atomic lattice of the crystals. Physicist learned to exploit the sensitivity of semiconductors to the content of foreign atoms in the host lattice. They dope materials with specific impurities which act as donors or acceptors of electron and thus opened the field for developing semiconductor diodes and transistors. Pure semiconductors also have interesting properties.

Ground state electrons in semiconductors are bound to the ions and cannot move freely while electrons in excited state can move freely and not bounded. The ground state and the lowest excited state are separated by an energy gap. When electrons absorb a light quantum (absorb energy), it can be excited across energy gap (become electrons in excited state). The spectral ranges around the energy gap pure semiconductors have been found to exhibit interesting linear and nonlinear optical properties.
- H Haug & Stephan W. Koch, Quantum Theory of the Optical and Electronic Properties of Semiconductors

Friday, February 18, 2011

Long time no updated post

Its too long since my last post here... I was so busy and now most of the matters have been settled so I promised I will continue sharing knowledge about physics, the miracles and the facts.... wait for my next post!

Thursday, January 20, 2011

Prosedur penukaran PTPTN-Ujrah

Kepada rakan2 yang membuat pinjaman PTPTN dan ditawarkan pembiayaan ujrah, berikut adalah prosedur permohonan pembiayaan ujrah sebagai panduan:
(pembiayaan ujrah dari 3% ke 1% hanya layak untuk peminjam yang mempunyai baki hutang kurang dari jumlah pokok nilai pinjaman, maknanya kalau pinjaman diperlehi adalah RM21,000 sepanjang pengajian, maka nilai baki dlm akaun pada 1Jun 2008 mestilah kurang dari RM21,000)

1) masuk ke laman http://www.ptptn.gov.my/gateway/ujrah.jsp.

2) daftar dahulu alamat email kerana PTPTN akan menghubungi anda melalui email. (kebanyakan masalah ialah setelah daftar emel, kita x terima emel dr PTPTN. jika ini berlaku, cuba sekali lagi daftar emel, gunakan emel lain. saya juga hadapi masalah yg sama, saya daftar yahoo mail baru boleh. kwn saya yahoo mail pun x boleh, so mungkin boleh pinjam emel kawan yang berjaya...)

3) cek email dari PTPTN, anda akan menerima emel memberikan anda satu link untuk mengemaskini maklumat terkini anda. sebelum tekan butang hantar, pastikan maklumat anda benar dan tepat.(Attempt sekali shj)

4) tunggu 10 haribulan bulan berikutnya, anda akan menerima emel dari PTPTN bersama attachment surat tawaran ujrah, maklumat ansuran dan pembiayaan serta borang pinjaman. ada panduan mengisi sekali. (cth: jika anda kemaskini maklumat pada dis 2010, maka borang n surat tawaran pembiayaan ujrah akan diterima melalui email pada 10hb jan 2011)

5) download borang kita (ada 21 helai) dan print 2 salinan atau print satu salinan n fotocopy 1 salinan. mungkin nk selamat buat extra 1 salinan lg takut ada silap. borang pinjaman xleh ada silap.

6) isi kesemua 2 set borang akuan penerimaan, kebenaran potongan gaji n pengesahan majikan. jgn lupa borang pinjaman baru ada 2 set juga perlukan mati stem hasil sebanyak RM10 setiap satu.

7) dlm perjanjian yang baru, PTPTN dh tulis siap nama penjamin seperti penjamin yang asal semasa kita apply PTPTN awal dulu. so jika ada kawan2 yang salah satu penjaminnya telah meninggal dunia atau gagal dikesan, x perlu isi apa-apa cuma perlu sertakan sijil kematian atau akuan sumpah bukti bahawa penjamin telah tiada.

8) Hantar semula ke PTPTN semua borang yang siap diisi dan telah dimatikan stem.(jgn lupa isi tarikh last2 sama seperti tarikh mati stem) bersama salinan kad pengenalan kita, penjamin dan sijil kematian(jika ada) yang telah disahkan.

9)jgn wat lambat2 kerana anda hanya diberi tempoh 90 hari dr tarikh surat tawaran dijana. kalau gagal hantar dlm masa ini, tawaran pembiayaan ujrah akan terbatal.

10) pendaftaran alamat emel dan pengemaskinian maklumat untuk pembiayaan ujrah tamat bulan febuari x silap saya (tp X PASTI maklumat ni betul ke x). so kalau anda x kemaskini maklumat and apply pembiayaan ujrah by febuary, x dpt la pembiayaan 1%...

Selamat membuat penukaran pembiayaan....

-Prosedur ini untuk yg belum habis bayar je...
-untuk yg dh habis bayar sebelum 1 Jun 2008 xde pembiayaan ujrah.
-untuk yang habiskan bayar selepas pembiayaan ujrah berkuatkuasa tetapi sebelum pembiayaan ujrah dilaksanakan (seperti kes saudara kadri), saya tak tahu prosedurnya... maaf.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...