Kepada rakan2 yang membuat pinjaman PTPTN dan ditawarkan pembiayaan ujrah, berikut adalah prosedur permohonan pembiayaan ujrah sebagai panduan:
(pembiayaan ujrah dari 3% ke 1% hanya layak untuk peminjam yang mempunyai baki hutang kurang dari jumlah pokok nilai pinjaman, maknanya kalau pinjaman diperlehi adalah RM21,000 sepanjang pengajian, maka nilai baki dlm akaun pada 1Jun 2008 mestilah kurang dari RM21,000)
1) masuk ke laman http://www.ptptn.gov.my/gateway/ujrah.jsp.
2) daftar dahulu alamat email kerana PTPTN akan menghubungi anda melalui email. (kebanyakan masalah ialah setelah daftar emel, kita x terima emel dr PTPTN. jika ini berlaku, cuba sekali lagi daftar emel, gunakan emel lain. saya juga hadapi masalah yg sama, saya daftar yahoo mail baru boleh. kwn saya yahoo mail pun x boleh, so mungkin boleh pinjam emel kawan yang berjaya...)
3) cek email dari PTPTN, anda akan menerima emel memberikan anda satu link untuk mengemaskini maklumat terkini anda. sebelum tekan butang hantar, pastikan maklumat anda benar dan tepat.(Attempt sekali shj)
4) tunggu 10 haribulan bulan berikutnya, anda akan menerima emel dari PTPTN bersama attachment surat tawaran ujrah, maklumat ansuran dan pembiayaan serta borang pinjaman. ada panduan mengisi sekali. (cth: jika anda kemaskini maklumat pada dis 2010, maka borang n surat tawaran pembiayaan ujrah akan diterima melalui email pada 10hb jan 2011)
5) download borang kita (ada 21 helai) dan print 2 salinan atau print satu salinan n fotocopy 1 salinan. mungkin nk selamat buat extra 1 salinan lg takut ada silap. borang pinjaman xleh ada silap.
6) isi kesemua 2 set borang akuan penerimaan, kebenaran potongan gaji n pengesahan majikan. jgn lupa borang pinjaman baru ada 2 set juga perlukan mati stem hasil sebanyak RM10 setiap satu.
7) dlm perjanjian yang baru, PTPTN dh tulis siap nama penjamin seperti penjamin yang asal semasa kita apply PTPTN awal dulu. so jika ada kawan2 yang salah satu penjaminnya telah meninggal dunia atau gagal dikesan, x perlu isi apa-apa cuma perlu sertakan sijil kematian atau akuan sumpah bukti bahawa penjamin telah tiada.
8) Hantar semula ke PTPTN semua borang yang siap diisi dan telah dimatikan stem.(jgn lupa isi tarikh last2 sama seperti tarikh mati stem) bersama salinan kad pengenalan kita, penjamin dan sijil kematian(jika ada) yang telah disahkan.
9)jgn wat lambat2 kerana anda hanya diberi tempoh 90 hari dr tarikh surat tawaran dijana. kalau gagal hantar dlm masa ini, tawaran pembiayaan ujrah akan terbatal.
10) pendaftaran alamat emel dan pengemaskinian maklumat untuk pembiayaan ujrah tamat bulan febuari x silap saya (tp X PASTI maklumat ni betul ke x). so kalau anda x kemaskini maklumat and apply pembiayaan ujrah by febuary, x dpt la pembiayaan 1%...
Selamat membuat penukaran pembiayaan....
-Prosedur ini untuk yg belum habis bayar je...
-untuk yg dh habis bayar sebelum 1 Jun 2008 xde pembiayaan ujrah.
-untuk yang habiskan bayar selepas pembiayaan ujrah berkuatkuasa tetapi sebelum pembiayaan ujrah dilaksanakan (seperti kes saudara kadri), saya tak tahu prosedurnya... maaf.
-Prosedur ini untuk yg belum habis bayar je...
-untuk yg dh habis bayar sebelum 1 Jun 2008 xde pembiayaan ujrah.
-untuk yang habiskan bayar selepas pembiayaan ujrah berkuatkuasa tetapi sebelum pembiayaan ujrah dilaksanakan (seperti kes saudara kadri), saya tak tahu prosedurnya... maaf.
5 comments:
kekekeh..just wanna share
aku ada anto soalan kat http://icare.ptptn.gov.my/eApps/system/index.do
Ni jawapan dorang yang konon2nya diselesaikan dalam 7 hari berkerja selepas aduan.
"Nota Selesai:
Semakan ke atas penyata peminjam akan dilakukan. Surat Pelepasan Hutang akan dikeluarkan setelah dipastikan tiada sebarang baki hutang. Seterusnya pelarasan 1% (sekiranya layak) juga akan dibuat pada penyata peminjam. Sekiranya peminjam ingin mengetahui mengenai UJRAH, peminjam dinasihatkan untuk melayari website PTPTN bagi mendapatkan maklumat lanjut."
Yang aku x tahan tu banyak sangat guna perkataan "akan". Padahal aku dah settle ptptn bulan 12 2009. Dah setahun lebih x keluar2 lagi surat Lepas Hutang. Masih lagi nak ber"akan"2 lagi.. ::sigh::
ha...memang sungguh.. cth plg mudah, start kuatkuasa jun 2008... tp smpi 2010 blom ade pape tindakan... memang pelbagai akan... akan... akan.. tu sebab org panggil PTPTipu..
meen...awat dia start kira dr baki jun 2008....?awat xkira dr baki terakhir kita?risau gak aku...sbb ada yg kata benda ni helah ptptn je...huhu...
gnie
dorg declare 1% start jun 2008. so die backdated. yg terlebih die akan tolak dr akaun... hehehe... memang pun helah suh baya... sbb utk ujrah... xleh baya sendiri... wajib potong gaji...
hmmm... dah kita berhutang bayo je lah.. saya bayar lah. anak2 kita lagi nak pinjam.. 'peace no war'..
Post a Comment