Prof Khalijah dari Sudut Pandangan Saya
Prof Khalijah adalah seorang pendidik yang tidak hanya mendidik saya ilmu fizik, tetapi juga mendidik saya ilmu dunia dan akhirat... beliau seorang yang lembut tetapi tegas. Berkeperibadian bagaikan seorang ibu bagi saya, ramah dan caring cukup untuk memberikan saya sebab untuk menyanjungi beliau.
Saya, pada waktu mula mengenali beliau telah terpikat dengan cara dan prinsip beliau menyebabkan saya telah menukar cita-cita saya dari menjadi seorang engineer kepada profession pensyarah. Semua kerana terpengaruh dengan beliau. tutur kata, gaya, cara dan kelembutan beliau masih jelas terbayang dalam minda saya saat ini. Berani saya katakan bahawa selain ibu saya yang sangat saya cintai, beliau juga antara idola saya dan penyebab kepada siapa diri saya sekarang ini setelah saya tamat pengajian master di UKM kira-kira pada tahun 2004 yang lalu.
Walaupun saya telah meninggalkan UKM hampir 7 tahun namun beliau masih mengingati saya, sering memberi message melalui laman Academia dan Facebook bertanyakan khabar berita dan perkembangan semasa. Salah satu sebab untuk saya sangat menghormati dan menyayangi beliau. Tambahan pula di UKM pada zaman pengajian first degree hingga master, tak ramai pensyarah wanita di jabatan fizik apalagi berstatus Professor spt beliau.
Adalah satu kehilangan yang besar dalam dunia akademik fizik di Malaysia tanpa beliau. Sekali lagi doa dan Yaasin untuk beliau agar dipermudahkan segala urusan beliau.
Nostalgia bersama Prof Khalijah.
Semasa tahun pertama, beliau mengajar subjek Elektrik dan Magnet. Kaedah yang digunakan adalah pemahaman konsep, penceritaan dan experiential learning. berlainan dgn lect2 yang lain pada waktu itu yg lebih kepada chalk n talk atau papar nota transparensi dan ajar. Satu-satunya kuliah yang saya hadiri sepanjang semester tanpa ponteng(dahulu tiada penguatkuasaan kehadiran sebanyak 70%). beliau berjaya menanam minat kepada saya dan memudahkan pemahaman. tanpa perlu nota yang banyak mahupun buku rujukan, beliau berjaya memahamkan saya subjek beliau dan dapat menjawab perperiksaan dengan tenang dan yakin.
Di tahun dua, saya bersama beberapa rakan lain menjalankan latihan industri di dalam campus dibawah seliaan beliau. beliau memberi peluang kami mempelajari Java Proramming melalui kelas intensif. Pengalaman yg sangat berharga sehingga memudahkan saya menjalankan FYP dan master. Beliau x henti2 memberi panduan dan nasihat dunia dan akhirat.
Rakan2 seperjuangan ada menggelarkan saya Kak Jah Junior. X pasti samada mereka bermaksud negative atau positive tetapi saya berbahagia kerana mereka menyamakan saya dengan idola saya.. biar mereka tak tahu.. kini mereka tahu..
Sehingga saya tamat perjuangan master dibawah seliaan Prof Dr Ahmad Puaad Othman, beliau masih menghubungi saya, bertanyakan khabar. Apabila beliau ke tempat saya berkerja semasa saya di UPSI dan UMT atas urusan kerja beliau, mungkin dijemput memberikan ceramah dan keynote speaker beliau akan bertanyakan kepada sesiapa mengenai saya dan dimana saya. Saya juga tidak melepaskan peluang berjumpa beliau. beliau sangat kuat, berdedikasi, high determination, sihat dan bertenaga. Senyum tak pernah lekang dari bibirnya dengan raut wajah yang bersih dan menenangkan.
6 bulan yg lepas, beliau meninggalkan message pada saya melalui academia.edu menyatakan beliau kurang sihat dan warded. saya membalas dan bertanyakan ward beliau kerana saya ingin melawat bersama suami tersayang yang juga merupakan bekas pelajar beliau tetapi sehingga kini tidak berbalas. saya amat kesal kerana tidak cuba sedaya upaya mencari ward beliau.
Hari ini 15 Sept 2011
Pagi pagi mendapat sms dari polpot@Saiful Kamaluddin memberitahu keadaan Prof. Kami terus bercadang ke ward utk berjumpa beliau... hati hanya teringatkan beliau dan berdoa agar segala urusan beliau dipermudahkan. tepat 12tghari kami sampai di ward 7A. suami beliau ada disana dan kami menyapa. menurutnya Prof sedang tidur kerana seningga 3am mlm semalam masih tidak bole tidur menahan kesakitan. Suami beliau kelihatan sangat tabah dan pasrah. Beliau menjemput kami masuk ke bilik Prof. dari luar kaca bilik Prof hati saya sangat sayu melihat susuk tubuh yang sangat lemah. Saya gagahkan hati masuk dan diarahkan memakai mask dan mencuci tangan.
Ternampak naskhah yaasin diluar pintu masuk dan saya serta suami ambil agar dapat membacakannya untuk Prof memandangkan beliau sedang tidur dan berdoa agar beliau dipermudahkan dan diberikan kekuatan. Sudah rezeki kami untuk berbicara dgn Prof., beliau terjaga dan sempat bertanyakan kami walaupun dalam keadaan menahan kesakitan. Beliau masih mengenali saya dan berkata. "ooh Hazmin, lama x jumpa. terima kasih datang tgk saya, you come from terengganu? with your husband? terima kasih. saya minta maaf salah silap saya semua ye Hazmin, Roslan." saya ingin bersalam dan mencium tangan guru saya namun dihalang oleh org yang menjaganya kerana beliau tidak boleh bergerak. kemudian Beliau terus menahan kesakitan dan beristighfar.
Saat itu air mata saya semakin laju dan saya teruskan pembacaan yaasin. Tak mahu terus lama disitu kerana ingin memberikan ruang pada ahli keluarga dan tidak mahu menganggu org yg sedang sakit, kami beredar. Saya sangat bersyukur kerana masih sempat bertemu beliau dan bertegur sapa. Sehingga sampai ke kereta, saya masih terkedu, sedih dan duka... tak tahu bagaimana nak gambarkan apa yg berada dalam hati ini... Dimana boleh untuk dicari ganti...
Doa untuk Prof.
Ya Allah Ya tuhan kami, kau berikanlah kekuatan dan ketabahan beliau dan ahli keluarga beliau dalam mengharungi saat-saat ini. Kau permudahkan segala urusan mereka. Semoga kesakitan yang beliau alami menghapuskan segala dosa-dosa beliau. Amin ya robbal alamin.
